Sunday, July 20, 2014


    QODAK DAN QADAR

      Ramai kalangan kita yang belum memahami maksud Qadha dan Qadar yang sebenarnya. Dalam perjalanan akal saya menempuhi ranjau menelusuri ilmu Allah ini saya dapati ramai kalangan kita yang mendefinisikan “takdir” bukan secara kritis. Bahkan saya sendiri pernah berada dalam situasi tersebut dlalam tempoh yang agak lama. Ramai yang melihatnya dari perspektif yang sempit serta terhad. Walaupun pemahaman tersebut sudahpun berdasarkan Al Quran dan AlHadith, tetapi jangkauan akal dan jiwanya masih jauh. Ini berlaku demikian kerana kita belum menyempurnakan 4 jalan pemikiran yang seharusnya dilalui. Empat jalan pemikiran  yang akan memenuhi keperluan Fitrah kejadian diri sendiri.


     Sekali lagi kita dikejutkan dengan peristiwa MH 17 yang ditembak sedangkan misteri kehilangan MH 370 belum terungkai.  Pelbagai reaksi dapat kita saksikan daripada pelbagai pihak. Pada saya, semuanya ini adalah bergantung pada diri kita sendiri. Memangpun kejadian ini sukar diterima oleh ramai pihak , tetapi jika kita ada “pendirian tauhid” yang jelas , tragedy ini tidak menjadi tragedy. Misteri tidak menjadi misteri. Ketakutan dan kebimbangan akan terlarut dalam ilmu yang Maha Agung.

   Saya ingin mengajak tuan puan untuk memahami satu  kaedah pemikiran yang jarang digunakan oleh kita sebagai hamba Allah . Kaedah pemikiran yang selalu diguna pakai oleh kita ialah berfikir dari “perspektif hamba”.  Pendekatan yang jarang digunakan ialah berfikir dari “perspektif Allah”.  
Saudara/saudari yang dirahmati,

         Cara kita berfikir sangat mempengaruhi  kehidupan kita seharian.   Pada awalnya kita berfikir dari dimensi  hamba kepada Allah . Setelah kita meningkat ilmu kita dibenarkan berfikir dari dimensi Allah  menuju kepada hamba.  Kaedah berfikir (memahami) dari dimensi Allah lebih mudah diterima. Laluan pemikiran ini tidak banyak liku dan kekeliruan. Tidak banyak persoalannya. Namun begitu, kaedah ini memerlukan “keizinan Empunya diri”. Keserasian dan kemesraan ilmu yang baik. 

   Baiklah, mari kita lihat bagaimana kita memahami Takdir melalaui pemikiran dari “Dimensi Allah”. Apakah yang dimaksudkan dengan Takdir. Takdir ialah segala IradatNya. Segala IradatNya pula tersembunyi dalam segala ilmuNya. Segala ilmuNya pula terkandung dalam AlQuran.    AlQuran ialah terkandung Pelan induk dan Pelan Strategik Yang Maha Arif . Dia bukan sekadar memiliki tetapi juga Maha Mentadbir seluruh alam.

    ****Allah adalah “masa”. Masa itu dikuasai olehNya. Dia lebih awal  daripada “masa” dan Dia maha  melangkaui “masa”. Masa adalah penzahir Qadak dan Qadar(Takdir).   Jika masa tidak bergerak (kaku), takdir tidak akan terzahir. Takdir akan terus  terpendam dalam Ilmu Allah.   Berlakunya(aktifnya) takdir itu setelah “masa” itu diaktifkan. Namun begitu, masa mesti diaktifkan supaya Allah dapat memperkenalkan DIRINYA melalui Takdir itu.***

    Tujuan saya memberi  tanda **** sehingga tanda***, dalam perenggan di atas ialah untuk menyatakan kepada anda bahawa , ayat ayat dalam perenggan tersebut adalah contoh saya berfikir dari “Dimensi Allah”
Kepada “dimensi hamba”.  Pemikiran sebegini akan sentiasa menghubungkan kita dengan Allah berbanding hubungan dengan hamba(manusia).

   Baiklah, kita kembali membicarakan tentang Takdir. Sekiranya kita mentauhidkan takdir, maka kita secara automatiknya berada pada penjelasan  Dimensi Allah. Jadi, sebagai contoh mudah dan popular, tragedi MH 17 yang terbaru ini bukanlah suatu  “tragedi” sebenarnya,  jika kita melihat dari Dimensi Allah. Peristiwa tersebut menjadi “tragedi” sekiranya kita menilai dari “dimensi hamba”.  Allah tidak akan “mencipta” tragedi. Allah hanya akan mentakdirkan sesuatu yang berasaskan “kasih sayangNya” sahaja.  Istilah “tragedy” hanya lahir daripada orang yang belum mengenal Allah dengan sempurna. AlQuran itu sendiri berakar umbikan “Aku Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.  Jadi,  “Takdir”  itu sendiri adalah manifestasi AlQuran. Makanya, fahamlah kita bahawa tiada “tragedy” di sisi Allah dalam mentadbir hal ehwal  hambaNya.

      Pada awalnya(syariat),  kita dibenarkan untuk menggunakan istilah “tragedy” dalam apa jua takdir yang tidak menyenangkan diri kita. Tetapi apabila kita sudah dewasa, kita  mesti Mentauhidkan Takdir tersebut secara “tepat”.  Ketepatan itu bermaksud “yang sebenarnya”.  Allah mentakdirkan sesuatu bukan dengan sesuka hati (dalam keadaan sia sia). Dia sentiasa berada dalam ilmuNya. Setiap takdirNya bersumberkan ilmu yang penuh dan sarat dengan hikmah. Bahkan melalui takdirNya kita boleh belajar tentang DiriNya.
Takdir bukan sekadar tentang rezeki, jodoh dan maut. Allah maha mentadbir. Segala yang terkandung dalam urusan pentadbiranNya adalah Takdir. Apapun takdir atau ketentuan daripada Allah  ia berlaku atas perancangan yang Maha rapi, bijaksana dan merentasi “masa”. Apabila saya mengatakan merentasi masa, ia bermaksud hikmah yang tersembunyi dalam takdir  Allah itu bukan sekadar berkaitan untuk masa itu tetapi meliputi masa yang terdahulu , sekarang dan akan datang yang tidak terjangkau oleh akal kita untuk memahaminya.

TAKDIR YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

  Apapun takdir yang ditentukan oleh Allah ,  sama ada takdir itu berwarna putih atau hitam , satu tujuan yang pasti ialah untuk “membawa kita menghampiriNya”.  Sebenarnya banyak ilmu yang terkandung dalam Qadak dan Qadar yang jarang difahami oleh kita.  Setiap takdir itu ada ilmuNya, ada hikmahnya, ada persoalan dan ada jawapannya. Persoalannya diperlukan supaya kita berfikir. Manakala jawapan di sebalik persoalan pula mesti ada kepelbagaian jawapan supaya kita berfikir sekali lagi untuk mendapatkan jawapan yang tepat bukan sekadar jawapan yang betul. Apabila sampai satu tahap, jawapannya akan membawa kepada kehampiran kita kepadaNya. Jawapan yang membawa kita kepada “mesra” denganNya, 
bermaksud kita sedang mencipta jawapan yang tepat pada persoalan yang tersembunyi di sebalik takdirNya.
 
    Allah mahu “melihat” kita.  Iaitu , melihat Respon kita terhadap sesuatu takdir yang telah dizahirkanNya. Dia mahu menilai  sejauhmanakah kita mengenal Dia. Serta, Dia mahu kita mengukur sendiri  sejauhmanakah   diri kita sendiri mengenal Dia. Maksudnya ia menjadi kayu ukur dari sisi DiriNya dan di sisi diri kita sendiri.
  
     Allah Maha Arif dan Maha Mentadbir  , Allah sudah pasti mengambil kira segala hal sebelum membuat “keputusan” tehadap hambaNya. Pertimbangan tersebut sudah semestinya dirujuk kepada Yang maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Yang maha Adil. Maha Adil pula menunjukkan yang Maha Pengasih.
Dipendekkan cerita …………..Walaupun kejadian “sehelai daun kering jatuh ke bumi..” peristiwa tersebut mengandungi hikmah yang sangat luas dan mendalam , tak ada bezanya dengan peristiwa sebuah bangunan pencakar langit yang rebah dan hancur dirempuh sebuah kapal terbang. Di sisi kita jauh bezanya, di sisi Allah sama sahaja. “ Sama sahaja”    bermaksud apapun bentuk kejadian ia tetap “Benar” di sisiNya.
Bagi orang yang faham, apapun takdir yang Allah tentukan  semua itu adalah HakNya.  Hak kita adalah “menyembah” sahaja.  Allah suruh kita menjadi hambaNya .  
Maka jadilah hambaNya.    Bukan  penasihatNya.  Tak perlulah kita nak mengajar Allah cara untuk mentadbir diri  dan hidup kita ini.  Buat saja kerja kita…..




Friday, July 18, 2014

Apakah maksud sempuena. Sempurna dikatakan jug a sebagai lengkap